Tuesday, August 10, 2010

Ubat? ambil saja..huhu





Assalamualaikum kepada semua sekali,
Semoga sentiasa sihat di samping yang tersayang.

Bagaimana dengan puasa pertama anda,opss puasa pada hari pertama anda.he3

Hermm,ubat2 biasa seperti panadol..tentu saja anda tahu kan?
Tapi jika sebut carbomazaphine,dimenhydrinate pening kepala dibuatnya. :D

Ok,apa yang nak disentuh disini bukan kenal @ tidak.
Soalnya orang ramai menganggap ubat yang dijual secara meluas di pasaran seperti panadol itu tidak merbahaya.huhu


Siapa cakap tidak bahaya? Saya ingin dedahkan disini,setiap ubat adalah RACUN!
Ayark,kalau racun macammana ianya boleh dijual.Begini,racun adalah selamat jika diambil dalam dos yang betul.Ya,memang betul.

Tetapi,ahaa..ada tapinya..Racun yang sebetul2 racun seperti racun rumput itu jangan..jangan sesekali anda cuba makan.One drop only can kill u.Oh~ very2 danger.

Oleh itu anda perlu ambil tahu ini semua,jangan membijakkan diri dengan mengambil secara berlebihan.Ada yang bertanya kenapa pula tak boleh ambil lebih?Ok,sya terangkan sedikit.Semua ubat yang kita makan,akan diproses oleh hati untuk dibuang dari badan kita selepas diserap oleh sistem badan.Tetapi untuk satu2 ubat itu,ada tempoh masanya.So,jika anda ambil dalam jumlah yang banyak,hati anda tak sempat proses.Rosaklah ia.huhu

Rasanya cukup dahulu info Pharmania disini. :D harapnya anda semua take alert of this.
Cehh,berspeaking pula di bulan Ramadhan ni.he3.

Akhir tinta,puasalah cukup sebulan. (bagi kaum adam) dan ingat,bukan setakat menahan lapar ok.Wsalam,Jazakumullah. ^^

Saturday, May 22, 2010

Mabuk kenderaan?


Oh,bila cuti mesti nak kena cari tiket bas.
hermm..inilah rutinku bila cuti bermula.

Apa masalah yang dihadapi bila naik bas ni?
Ahaa..Mabuk kenderaan.he3
Ya ramai antara kita yang pening dan muntah2 bila naik bas ni.Mabuklah tu,he3
Jadi,apa penyelesaiannya? Beli ubat mabuklah kan? (^_~)

Ok,apa ubat yang selalu anda beli?
Saya percaya selalunya orang akan beli ubat mabuk kenderaan yang siap dipaket dalam kotak bukan?Ianya boleh didapati di farmasi,watson dan sebagainya.

Tahukah anda ubat itu agak mahal?
Harganya lebih kurang RM0.50 untuk satu tablet.
Ada opsyen yang lebih menjimatkan anda.
Tanya di farmasi,minta beli ubat mabuk ni untuk satu2 tablet.Bukan dalam kotak.Harganya Rm0.10 satu tablet.
Apa nama ubat mabuk ni?
Hermmm..ah Dimenhydrinate namanya.^^
kandungan Dimenhydrinate dalam 1 tablet ialah 50mg.

Ok,semoga anda dapat membuat pilihan yang lebih bijak.
Jumpa lagi pada post di masa akan datang.(^_^)b

Sunday, May 9, 2010

Chelsea juara EPL!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semoga sentiasa sihat disamping orang tersayang. ^^

Macam mana dengan liga EPL?Anda ada menontonnya?
Ya,Chelsea menjadi juara di sebalik saingan sengit yang diberi Manchester United.
Satu perlawanan yang menarik dimana 8 gol terhasil,kepuasan bagi penonton.

Bercakap mengenai permainan menarik yang dipersembahkan mereka,persoalannya bagaimana mereka mengekalkan fitness masing2.Berbeza dengan liga tempatan bukan?
Ah,teknologi sains perubatan menjadi ukuran.Ya,benar! Orang cakap mereka guna dadah?
Nak tergelak dibuatnya,tahukah anda all medicine is drugs? Oh,saya tak tipu.
Cumanya,ia di ambil dalam dos yang betul,sama juga dengan apa yang diambil pemain2 eropah ini.
Sudah tentu mereka memerlukan supplement tambahan untuk kekalkan fitness mereka.

Nah,disini kemajuan sains perubatan itu penting.Ianya memang fakta.
Selain itu meminum air isotonik itu penting bagi ahli sukan.Ia membantu mengembalikan cairan bendalir dalam badan.Ini bagi mengelakkan kekurangan air selepas aktiviti bersukan.

Sampai sini sahaja santai2 kita hari ini,semoga anda sentiasa mengikuti perkembangan blog ini.

Salam pharmania semua (^_~)b